SHAH ALAM: Perbincangan bagi agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Menteri Besar Selangor itu berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan antara Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan diharapkan penyelesaian bagi perkara berkenaan dapat dicapai tidak lama lagi.
"Saya rasa paling lama seminggu lagi (selesai perbincangan pembahagian kerusi)," katanya kepada pemberita pada Program Ibadah Korban Perdana Negeri Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor hari ini.
Berkenaan gerak kerja PH, Amirudin berkata parti itu telah rancak menggerakkan jenteranya terutamanya sejak bulan Ramadan lepas dan sedang menumpukan perancangan bagi kempen serta program untuk bertemu rakyat bagi menghadapi PRN.
Selangor antara enam negeri yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi selain Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Amirudin berkata parti itu telah rancak menggerakkan jenteranya terutamanya sejak bulan Ramadan lepas dan sedang menumpukan perancangan bagi kempen serta program untuk bertemu rakyat bagi menghadapi PRN. - Gambar fail
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
AWANI Pagi: Pameran Palet Budaya: Interaksi seni & Gastronomi
Makanan dan seni visual mungkin kedengaran agak janggal untuk disatukan, tetapi itulah keunikan Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Mei 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).